Wartawan pencen bongkar kisah tanah haram Pahang (Part 3)

Wartawan pencen bongkar kisah tanah haram Pahang (Part 3)

Dalam siri ke-3 ini saya akan mendedahkan modus operandi sindiket penjualan tanah haram bagi projek Musang King di Hutan Simpan Daerah Bentong yang didalangi oleh “Mr C” dan rakan kongsinya “Mr L” (bukan nama sebenar)

(Nota: Saya tidak mengenali Mr L tetapi pembayaran oleh bakal pembeli projek tanah haram ini disalurkan ke akaun bank miliknya – rujuk gambar mesej WhatsApp)

Selepas membeli anak-anak benih durian dan pokok buah-buahan bernilai puluhan ribu Ringgit dari nurseri saya dalam tempoh beberapa bulan, Mr C telah datang melawat nurseri saya dan projek ternakan Ikan dalam sangkar milik saya serta menawarkan peluang perniagaan yang lebih besar dengan keuntungan ratusan ribu Ringgit kepada saya dengan syarat saya menjadi ahli kumpulannya (rujuk mesej WhatsApp tawaran itu).

Dia juga mahu saya menjadi pakar rujuk kepada pelabur tanah haram dalam bidang perikanan kerana selain tanaman Musang King, pelabur dalam kalangan jutawan dari ibu kota itu berminat menternak ikan Kelah (rujuk mesej WhatsApp)

Justeru Mr C telah menandakan satu kawasan seluas satu ribu ekar dalam satu kawasan Hutan Simpan yang berbukit dan berlembah serta mempunya punca air dari anak sungai yang cantik (seolah-olah Hutan Simpan itu bapak dia yang punya).

Setiap lot projek tanah haram itu dijual kepada pelabur dengan harga bermula dari RM5,000 hingga RM12,000 seekar bergantung kepada bentuk muka buminyq (lot tanah yang ada kawasan bukit, lembah dan kedudukannya paling hampir dengan sungai berjeram batu adalah yang paling mahal).

(Nota: Sila rujuk mesej WhatsApp dan gambar lokasi kawasan lot projek tanah haram paling mahal)

Mr C juga menawarkan kepada saya 3 lot seluas 12 ekar yang mempunyai tiga ciri paling mahal itu dengan harga ahli kumpulan cuma RM12,000 untuk dijadikan base dan model operasi ternakan ikan Kelah.

Teruja dengan tawaran Mr C itu, saya bertanya apakah jaminan pelaburan saya itu nanti memandangkan kawasan itu adalah tanah Kerajaan Negeri yang diteroka secara haram?

“You jangan bimbang boss (panggilan Mr C kepada saya)… kita ada networking dengan Pejabat Tanah dan orang besar… kita buat ini cara professional dan legal punya… nanti you kasi saya photostat tiga IC… boss punya IC, isteri dan anak.

“Kita buat permohonan dulu dengan Pejabat Tanah… boss kasi salinan itu IC saja… yang lain macam isi borang permohonan dan dapatkan pelan tanah… semua kami sudah kawtim dengan orang Pejabat Tanah…mereka urus semua… boss cuma kasi IC sama saya… kita mau cepat jalan ini projek kerana sekarang sudah ada 200 investors semua kaya-kaya”

(…. bersambung ke siri 4 dengan cerita lawatan ke tapak projek tanah haram bersama pelabur di sstu kawasan Hutan Simpan di pedalaman Daerah Bentong – sila tonton video yang disertakan)

Sumber:

PEMBONGKARAN TANAH HARAM PAHANG (3)Oleh KHAIDIR AHMAD(Wartawan Tua)Dalam siri ke-3 ini saya akan mendedahkan modus…

Posted by Khaidir Ahmad on Monday, September 14, 2020

COMMENTS