Kes belasah di asrama: pelajar ditahan reman

Kes belasah di asrama: pelajar ditahan reman

TANAH MERAH: Tiga pelajar yang dipercayai membelasah rakannya di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang 1, Tanah Merah direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Zul Zakiquddin Zulkifli.

Ketiga-tiga pelajar tingkatan lima itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Terdahulu, mereka tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tanah Merah 1 pada jam 9 pagi dengan menaiki lori polis.

Ketiga-tiga suspek kelihatan sugul selepas mahkamah menetapkan perintah tahanan reman terhadap mereka.
Semalam, tular di media sosial video dua orang pelajar membelasah seorang pelajar tingkatan satu sambil dirakam rakan mereka di sebuah asrama lelaki.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-viral-tiga-pelajar-buli-belasah-rakan-sekolah-ditahan-reman-258807

COMMENTS