Video lucah tular, David Teo saman

Video lucah tular, David Teo saman

Syarikat Metrowealth International Group (MIG) mengancam untuk mengambil tindakan ke atas dalang penyebar maklumat palsu selepas sengaja mengaitkan nama pelakon terkenal di bawah naungannya dalam video dan gambar lucah yang tular baru-baru ini.

Pengarah Urusan MIG, David Teo berkata, pihaknya sudah mengenal pasti siapa penyebar fitnah tersebut selain mengarahkan peguam syarikat untuk tindakan selanjutnya.

“Saya terpanggil untuk memberikan penjelasan berhubung artis di bawah MIG ini. Kami dapat tahu banyak artikel, video dan gambar disebarkan melalui Internet sama ada di YouTube, Twitter dan media sosial lain.

“Saya sudah berunding dengan peguam syarikat, kami sudah mengenal psti pihak penyebar video dan gambar serta cerita palsu.

“Justeru, kami tak teragak-agak untuk ambil tindakan sewajarnya,” katanya melalui sebuah rakaman klip video.

David yang juga penerbit filem itu berkata, pihaknya sudah mengumpulkan semua bukti berkaitan susulan wajah pelakon terbabit didakwa mirip individu dalam video dan gambar lucah berkenaan.

“Kami sudah mengumpulkan dan merekodkan semua bukti,” katanya.

Terdahulu, portal ini melaporkan seorang pelakon muda yang namanya melonjak naik melalui siri televisyen popular menjadi mangsa terbaru penyebaran video dan gambar lucah di media sosial.

Seorang pemuda tidak berbaju yang raut wajahnya seolah-olah pelakon itu dirakam sedang ‘beraksi’ seorang diri di atas katil dalam sebuah video berdurasi 42 saat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada individu terbabit adalah benar-benar pelakon yang dimaksudkan atau pun tidak.

Video terbabit mengundang pelbagai reaksi pengguna alam maya yang antaranya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Ada juga pihak beranggapan pelakon itu menjadi mangsa teknik ‘deepfake’ iaitu teknik visual digunakan bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video.

David menggesa mana-mana pihak terbabit menyebarkan semua bahan palsu tersebut untuk memadamkan perkongsian mereka dengan kadar segera.

“Saya harap sesiapa yang sudah menyebar atau mengeluarkan foto, video dan cerita, sila turunkan atau padam,” katanya.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/hiburan/547621

COMMENTS