Usul undi percaya perlu dijalankan secepat mungkin – Presiden Umno

Usul undi percaya perlu dijalankan secepat mungkin – Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Umno yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di blok pemerintah menggesa kerajaan sendiri membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), berkata soal sokongan majoriti kepada pentadbiran Muhyiddin mesti dirungkai, dan Dewan Rakyat pentas terbaik untuk tentukan kestabilan politik.

“Sama ada terdapat usul percaya atau sebaliknya ianya hendak diuji di dewan yang mulia ini.

“Jika ini tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan mesti diutamakan.

“Biarlah kerajaan yang menjadikannya sebagai urusan kerajaan diutamakan menjadi usul undi percaya dibawa ke dewan yang mulia ini,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021.

Gesaan ini mendapat sokongan Ahmad Maslan (BN-Pontian), yang berkata langkah ini akan memastikan tiada lagi keraguan terhadap sokongan kepada kerajaan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/19/zahid-gesa-pemerintah-bawa-usul-undi-percaya-muhyiddin-ke-parlimen/

COMMENTS