Umno tajuddin berkata parti itu masih belum menarik “brek tangan”

Umno tajuddin berkata parti itu masih belum menarik “brek tangan”

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata parti itu masih belum menarik “brek tangan” berhubung sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya Tajuddin berkata Umno menuntut supaya layanan adil diberikan kepada parti itu yang menyumbang kerusi paling banyak dalam kerajaan.

“Saya tak kata Umno tarik ‘hand brake’. Belum ada keputusan kata nak tarik ‘hand brake’. Tidak timbul soal ini, setakat inilah.

“Esok lusa saya tak tahu, hakikatnya begitu benda boleh berubah,” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.

Tajuddin berkata demikian ketika mengulas krisis dalaman yang melanda PN ketika ini susulan keputusan Umno untuk mempertimbang semula sokongannya terhadap kerajaan gabungan itu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam sidang media selepas mesyuarat biro politik parti itu. Parti itu turut mahu mengemukakan syarat baru bagi meneruskan sokongannya.

Ia boleh membawa kepada keruntuhan pentadbiran Muhyiddin yang hanya memiliki majoriti dua kerusi.

Terbukti Mahathir tak ikhlas berkawan dengan Anwar, kata Yusmadi
Dalam rundingan dengan Muhyiddin, Umno diwakili Ahmad dan juga bendaharinya Tengku Adnan Mansor. Pasukan rundingan dijangka menyatakan perkembangannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Selasa depan.

Pada 16 Oktober lalu, Muhyiddin dilaporkan meminta Umno memperincikan syarat baru tersebut dalam surat yang dihantar melalui Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata Umno tidak bermusuh dengan Bersatu mahupun menjauhkan dari daripada PN, sebaliknya mahu parti itu menghargai jasa Umno sebagai parti yang membentuk kerajaan PN.

“Orang kata apa yang sepatutnyalah. Kalau orang kecil, kamu layanlah kecil. Orang kecil kalau beri makan banyak buat apa?.

“Maknanya, Umno itu parti besar, sumbangannya besar untuk pastikan kerajaan PN itu kuat…Tapi ini beri jawatan setakat menteri belia…,” katanya seperti dipetik.

Berita penuh :

https://m.malaysiakini.com/news/547047

COMMENTS