UMMAH: Agenda Dap masih kekal dalam TH?

UMMAH: Agenda Dap masih kekal dalam TH?

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Agama YB Ust Ahmad Marzuk Shaary pada 10 Oktober, yang membawa maksud dan mengesahkan bahawa, ada cadangan dibuat bagi pelantikan Pengurus Besar Hotel Tabung Haji, yang dicadangkan oleh CEO Tabung Haji kepada Pengurusan Tertinggi dibuat tanpa perundingan dan penglibatan dengan Menteri Agama dan juga Timbalan Menteri Agama.

Cadangan pada 1 Oktober tersebut telah melibatkan seorang yang bukan-Islam, walaupun mengambil kira kepakarannya, namun soal sensitiviti, Visi dan Misi Tabung Haji mestilah diambil kira sebaik mungkin dan sebaiknya sekiranya ia dirundingkan terlebih dahulu dengan Menteri Agama dan Timbalan nya, supaya selari dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah.

Tindakan yang sedemikian seolah-olah mengenepikan peranan Menteri Agama dan Timbalan, bahkan telah menjadi agenda Kerajaan PN yang berusaha memulihkan pelaburan dan keyakinan ummat Islam kepada TH. Sangat tidak wajar bagi seorang CEO membuat keputusan sendiri. Apakah ada agenda lain yang ingin dibawa? Adakah beliau nak bawa agenda DAP? sehingga nak lantik bukan Islam dalam pengurusan Hotel TH, sedangkan ianya adalah patuh syariah ‘syariah complience’.

Sudah terang lagi bersuluh, CEO Tabung Haji tidak menghayati aspirasi kerajaan semasa, beliau masih lagi membawa agenda kerajaan lamanya. UMMAH menegaskan sudah sampai masanya agar Menteri Agama dan Timbalan Menteri membuat keputusan yang lebih tepat bagi meletakkan dan memacu TH ke landasan yang sebenarnya. CEO Tabung Haji tidak layak lagi berada di jawatan tersebut. UMMAH juga akan menghantar memo kepada Menteri Agama bagi menegaskan perkara ini.

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2020/10/13/ceo-tabung-haji-bawa-agenda-dap/

COMMENTS