TS Arif layak digelar bapa reformasi parlimen Malaysia

TS Arif layak digelar bapa reformasi parlimen Malaysia

Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Bin Md Yusof wajar dikekalkan sebagai Speaker Dewan Rakyat kerana berpengalaman luas dalam bidang perundangan negara berdasarkan kerjaya sebelum ini apabila dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2008 sehinggalah bersara pada tahun 2015 sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Jawatan Hakim bukanlah lantikan politik atau kroni kerana dipilih oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Kerajaan 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 mengutamakan 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺𝗲

Memegang jawatan bukannya kerana dia Pimpinan Tinggi mana mana parti politik sepenuh masa berbanding Speaker Dewan Rakyat terdahulu seperti Tan Sri Ramli Ngah Talib yang menjadi ADUN di Perak sejak 1978 (MT UMNO sejak 1984) dan Tan Sri Pandikar Amin yang menubuhkan Parti Akar Bersatu serta ADUN di Sabah sejak 1982.

Rakyat kini bijak menilai dan muak melihat ahli-ahli politik asyik menukar mereka yang layak dan profesional daripada memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Tanyalah mana-mana Ahli Parlimen semasa mereka bersama Kerajaan 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻, Pembangkang atau Bebas, Tan Sri Speaker melayan kami sama sahaja.

Beliau tidak memilih bulu dalam melayan setiap Ahli Parlimen semasa dalam Dewan, luar Dewan atau semasa ke luar negara ketika menjalankan tugas rasmi.

Saya sendiri pernah bersama beliau ketika di London semasa lawatan sambil kerja ke Parlimen United Kingdom (UK), ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) di Singapore dan Bangkok; kami melihat beliau benar-benar disegani serta sarat dengan idea-idea baharu.

𝗛𝗔𝗦𝗔𝗡𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗬𝗨𝗡𝗨𝗦
𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻
𝗣𝟭𝟬𝟭 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁

𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻
𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮

Sumber :

COMMENTS