Tawaran baharu dalam manifesto?

Tawaran baharu dalam manifesto?

TAWAU: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan tawaran baharu dalam manifesto yang akan diumumkan esok, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tawaran baharu berkenaan membabitkan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan aspek lain untuk manfaat penduduk negeri itu.

“Ia menjurus ke arah bukan hanya mengembalikan kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang tercatat dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tetapi ada perkara baharu yang pada hemat saya, menjadi satu harapan baru kepada rakyat Sabah.

“Insya-Allah tawaran baharu ini sebagaimana yang saya nyatakan untuk kita tawarkan, jika sekiranya BN bersama rakan-rakan kongsi yang lain dapat membentuk semula kerajaan di negeri Sabah,” katanya pada kempen Radu Kukusan Tanjung Batu, di sini, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung BN merangkap Penyelaras BN PRN Sabah, Tan Sri Anuar Musa, calon Wanita UMNO yang bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Chaya Sulaiman, dan calon DUN Tanjung Batu, Andi Muhammad Surayadi Bandi.

Ditanya mengenai hanya seorang calon wanita UMNO pada PRN kali ini, beliau menjelaskan pemilihan calon diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan UMNO Sabah selari dengan autonomi BN Sabah.

“Sudah tentu kekecewaan itu saya dapat rasakan. Ada beberapa jawatan lantikan yang akan kita berikan kepada tokoh-tokoh negeri Sabah, jika kita dapat memenangi kerusi-kerusi yang kita tandingi.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/731441/prn-sabah-tawaran-baharu-esok

COMMENTS