‘Skandal’ Mokhtar Senik : Geng Ustaz buat laporan polis, harap kes dibawa ke muka pengadilan

‘Skandal’ Mokhtar Senik : Geng Ustaz buat laporan polis, harap kes dibawa ke muka pengadilan

Geng Ustaz hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun FB Alexander Pittsuwan Thomprason kerana didakwa membuat fitnah jahat terhadap Ustaz Mokhtar Senik.

Mengulas lanjut mengenai laporan polis tersebut, Ustaz Kamal Hysham memaklumkan tujuan laporan polis tersebut dibuat bagi membela saudara seIslam yang di fitnah disamping berharap agar kes tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan.

Isu fitnah terhadap Ustaz Mokhtar Senik menjadi tular bermula minggu lepas setelah pemilik akaun fb Alexander Pittsuwan Thomprason memuatnaik beberapa status di laman FB yang mendakwa Ustaz Moktar Senik terlibat dalam “Skandal” dengan wanita.

Turut menjadi tular adalah beberapa video kereta yang didakwa milik Ustaz Mokhtar Senik yang melakukan aksi drift di hadapan Petronas setelah “kantoi” ingin berjumpa dengan wanita terbabit.

Pemilik FB itu juga turut memuatnaik screenshot perbualan kononnya antara Ustaz Mokhtar Senik dengan ‘wanita’ terbabit yang bernama “Leena”. Bertambah menarik apabila pemilik FB ini turut memuatnaik video perbualan yang mengandungi suara yang didakwa sebagai Ustaz Mokhtar Senik.

Semoga dengan laporan polis ini, segala kekusutan yang timbul dari peristiwa ini dapat diselesaikan di muka pengadilan kelak.

Sumber:

COMMENTS