Shafie hanya sebar fitnah dalam PRN?

Shafie hanya sebar fitnah dalam PRN?

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mahu Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhenti menabur fitnah dan dendam terhadapnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Musa berkata, ini disebabkan beliau tidak bertanding di mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada PRN sekali gus bukan tentangan untuk Presiden Warisan itu membuat fitnah.

“Kita melihat banyak video dan papan iklan memaparkan wajah Shafie dengan cogan kata ‘membina negara’, ‘marilah kita bersama membina satu negara, tanpa mengira bangsa dan agama’ dan ‘perpaduan’, tetapi ucapan kempennya dipenuhi dengan hentaman kepada saya.

“Saya memahami perlunya beliau membuat ucapan politik yang berapi-api sepanjang berkempen, namun adalah memalukan bagi seorang pemimpin negeri berulang kali menyebarkan pembohongan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang individu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga berkata, pihaknya sebelum ini turut memfailkan saman RM1 bilion terhadap Yayasan Sabah termasuk Shafie kerana memfitnah.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil tindakan undang-undang kerana beliau tidak berhenti membuat pembohongan selain terus membuat cabaran terhadap dirinya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/101316/Pilihan-Raya/PRN-Sabah/Musa-mahu-Shafie-henti-tabur-fitnah

COMMENTS