Seputar cadangan darurat, sekiranya diisytiharkan….

Seputar cadangan darurat, sekiranya diisytiharkan….

Pemerintahan era dharurat.

Apa yang saya tahu dan ingat pengistiharan Dharurat tidak perlu persetujuan sidang dan keputusan kabinet.

2. Ini kerja dan tanggungjawab Perdana Menteri satelah mendapat nasihat PDRM sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan dalam negeri.

3. Kesimpulannya soal dharurat (maaf ya saya gunakan bahasa lama) atas kehendak PDRM satelah PDRM mendapat maklumat risikan dan data akan berlakunya ancaman keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam di Malaysia.

4. PDRM dan Majlis Keselamatan Negara akan berganding bahu meyakinkan Perdana Menteri akan keperluan pengistiharan dharurat. Bukan kehendak Perdana Menteri atau sesuka hati Perdana Menteri mahu minta di istiharkan dharurat.

5. Satelah yakin, Perdana Menteri akan minta perkenan Tuanku YDA untuk pengistiharan itu. Tidak ada keperluan membawa kesemua yang tidak berkenaan termasuk KPN dan PAT mengadap sama.

6. Perkara asas yang pertama pengistiharan dharurat ialah Penguatkuasa Undang-undang dan tindakan menghadapi perkara penyebab di kehendaki negara dalam pentadbiran dharurat.

7. Satu badan khas menjalankan pusat pemerintahan dan pentadbiran di wujudkan. Dharurat pertama 1948 sehingga 1960. Kuasa menjalankan perintah dharurat terletak di ‘Malaya Comand’ ia itu di Pejabat Kementerian Pertahanan sekarang.

8. Bila pengistiharan dharurat zaman kofrantasi 1963 hingga 1966. Bilik operasi perlaksanaan dharurat masih menggunakan Kementerian Pertahanan, juga dikenali sebagai Mindef atau Kementah masih lagi dinamakan Malaya Comand.

9. Bila berlaku pergaduhan kaum salepas pilihanraya Mei 10,1969. Kerajaan Perikatan yang belum menubuhkan Kerajaan tetapi belum hilang majoriti sebagai Kerajaan telah mengistiharkan dharurat.

10. Kerana masa itu tidak ada majlis mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri dan penubuhan Kerajaaan. Maka di tubuhkan Majlis Gerakan Negara yang berpusat di Bangunan Parlimen.

11. Kuasa Pemerintah Malaysia antara tahun 1969 hingga September 1971 terletak bukan di tangan Perdana Menteri tetapi di tangan Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN yang Tun Abd Razak Hussein sebagai Pengarahnya.

12. Bagaimana pun semasa pengistiharan dharurat 1969/71 di perkenan oleh Tuanku YDA masa itu Parlimen di gantung. Dan tidak sama saperti pengistiharan dharurat 1948/60 dan dharurat 1963/1966, dimana tidak menjejaskan sidang Parlimen.

13. Kini kita akan menghadapi lagi pemerintahan dharurat. Jika di persetujui atau di perkenan oleh Tuanku YDA. Kita lihat apa package pelengkapnya.

Adakah Parlimen di gantung? Adakah seorang Pengarah Gerakan Pemerintahan Dharurat akan dilantik. Jika dilantik adakah namanya Azmin Ali kerana dia menjalankan tugas Timbalan Perdana Menteri.

Sama-sama kita tunggu.

Sang Kelembai
Oktober 24,2020
Kuala Lumpur.

Sumber:

COMMENTS