Selepas Anwar, Ku Li turut dijadualkan menghadap YDP Agong petang ini

Selepas Anwar, Ku Li turut dijadualkan menghadap YDP Agong petang ini

Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diterima menghadap Yang Dipertuan Agong jam 10.00 pagi ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li juga dijadualkan menghadap hari ini.

Beliau dijangka akan menghadap jam 2.30 petang ini selepas selesai Anwar menghadap dan mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang bersama beliau.

Namun tidak diketahui kenapa beliau turut dipanggil oleh istana. Persoalan ini menjadi pertanyaan di kalangan wartawan yang menunggu di pintu istana.

Menurut sumber, selepas kedua-dua mereka, turut dipanggil menghadap adalah ketua-ketua parti termasuk Bersatu, Umno, Pas, DAP, AMANAH dan juga Warisan.

Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai 18 ahli Parlimen (MP) turut dipanggil ke istana hari ini.

“Lim Guan Eng dipanggil Rabu ini manakala Mohamad Sabu dipanggil Khamis,” kata sumber itu.

Berita Penuh:
https://malaysiadateline.com/selepas-anwar-ku-li-pula-dipanggil-ke-istana-hari-ini-kata-sumber/?

COMMENTS