Padan muka aok!! Padah salahguna kuasa

Padan muka aok!! Padah salahguna kuasa

KUALA LUMPUR: Seorang timbalan pengarah sebuah syarikat dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat kerana didakwa menyebabkan pekerja yang melaporkan salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipecat.

Tertuduh, Wafiy Abd Aziz, 35, didakwa di bawah Seksyen 10 (3) (b), Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Lelaki itu juga adalah individu pertama didakwa mengikut akta tersebut sejak ia mula berkuat kuasa pada 2010. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengambil tindakan memudaratkan terhadap kakitangan syarikatnya berusia 63 tahun dengan cara mengapi-apikan pengerusi syarikat supaya menandatangani dokumen ‘Termination of Employment’ terhadap pemberi maklumat itu. Ia adalah sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kakitangan itu berkaitan salah lakunya yang dilaporkan kepada SPRM.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/timbalan-pengarah-syarikat-didakwa-sebabkan-pemberi-maklumat-dipecat-259907

COMMENTS