Rakan-rakan media, bertabahlah – Dahlan Maamor

Rakan-rakan media, bertabahlah – Dahlan Maamor

Sahabat sahabatku, bertabahlah
Aku catatkan ini sebagai pedoman kalian.
Aku berkongsi bukan tujuan menakutkan kalian.

Ingin saya catatkan rasa simpati teramat kepada semua rakan rakan saya yang pernah sebumbung dengan saya di TV3.
Saya sudah lalui saat duka ini. Perit namun itulah kehidupan.
Wahai teman temanku, tiada siapa yang pernah menduga penyudahnya begini. Ketika saya menerima vss pada 2003, dunia kelam seketika.

Tiada perancangan malah kerja buat kita sukar untuk diramalkan dengan bakat dan kemampuan yang terbatas.
Wang yang sebegitu jumlahnya kalau gagal direncanakan maka akhirnya kita akan temui kepayahan.

Ia lebih menyiksakan kerana ramai kalangan kita sudah berusia dan sukar mendapat kerja ditempat lain.

Melainkan kita berniaga. Itupun kalau kita minat dan ada kesungguhan untuk menempuh cabaran yang hebat.

Hari ini 300 kakitangan diberhentikan dan khusus kepada rakan lama di bahagian Sukan Program bertabahlah kerana rezeki ada di mana mana dan Allah tetapkan ini untuk kita.

Saya lalui susah dan payah ketika tinggalkan TV3 sewaktu vss pada 2003.

Selepas gagal berniaga kecil kecilan, saya tumbang dan merayau mencari kerja. Saat itu kita akan tahu, rakan rapat kita juga akan menolak “kain buruk” seperti kita.

Tiada keperluan dan air mata mengalir waktu itu sehinggakan belanja harian untuk persekolahan anak juga tiada…

Sahabat sahabat…. Catatan ini bukan untuk menakutkan tapi bersedialah dan rencanakanlah kehidupan demi keluarga.

Air mata saya bergenang waktu menulis pengalaman ini kerana aku melalui sesuatu yang menakutkan malah penghinaan rakan sudah biasa dan lali.

Siapa yang kita kenali sewaktu kita bergelar orang media akan mula menjauh. Tidak kiralah apa pangkat dan kedudukan.

Dia hanya akan meluahkan simpati dan tidak lebih dari itu. Percayalah teman temanku…

Jangan putus asa, terus berusaha dan percayalah rezeki di mana mana… Aku simpati dengan kalian.

DDM
(1994-2003 TV3)

COMMENTS