Rahsia OT95 ketika Langkah Sheraton terlondeh lagi !!

Rahsia OT95 ketika Langkah Sheraton terlondeh lagi !!

PERDANA MENTERI – Ini bukan soal Anwar tolak Tun, ianya lebih kepada soal Rakyat Tolak Tun yang berbelit-belit.

Saya terpanggil untuk mengulas sedikit coretan facebook Tun Mahathir yang sekali lagi menyalahkan Anwar Ibrahim kononnya gagal untuk mendapat sokongan majoriti dan cubaan Tun untuk membersihkan namanya dengan mendakwa bahawa beliau tiada kaitan langsung dengan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

1. Ramai percaya bahawa Tun Mahathir adalah mastermind “Langkah Sheraton” menjatuhkan Kerajaan PH bagi menggagalkan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan.

Ini kerana penyusunan langkah politik beliau setelah menjadi Perdana Menteri dengan sokongan Anwar Ibrahim namun beliau terus membelakangkan keputusan Parti komponen.

Azmin Ali konco-konconya menjadi orang penting dalam Kerajaan dan sering berusaha untuk gagalkan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan ianya direstui oleh Tun sendiri.

2. Tun Mahathir perlu sedar diri bahawa Rakyat jelata sudah pun hilang kepercayaan terhadap beliau kerana sikap beliau sendiri yang berbelit – belit, tidak ikhlas dan gagal menunaikan janji.

Jika manifesto itupun bukan kitab suci apatah lagi janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim selepas enam bulan. Tun Mahathir kekalkan rekod sebagai Pemimpin yang lidah bercabang.

3. Beberapa siri audio semasa Mesyuarat PH dan Bersatu dibocorkan sebelum ini telah membuktikan apa agenda sebenar Tun dengan Pakatan Jahat. Ada sesiapa yang menafikan kesahihan audio? Rakyat bukan muda lupa.

4. Dalam coretan yang dibuat oleh Tun beliau sendiri mengesahkan bahawa beliau hanya dapat sokongan 66 Ahli Parlimen manakala Anwar Ibrahim telah mendapat sokongan 92 Ahli Parlimen. Siapa yang harus mengalah dalam situasi sebegini?

Jika Tun tidak dapat menyokong Anwar Ibrahim pada masa itu bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar Ibrahim selepas enam bulan beliau jadi PM? Ingat rakyat bodoh ke?

5. Coretan Tun yang menyerang Anwar Ibrahim adalah satu cubaan untuk melagakkan, memecahbelahkan Pakatan Harapan dan menyokong Muhyiddin-Azmin kekal berkuasa secara senyap.

6. Kita semua tahu bahawa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad tidak pernah ikhlas semasa PH menjadi Kerajaan. Beliau yang menyusun segala langkah untuk Muhyiddin, Azmin dan Hamzah menyusun langkah Sheraton. Dendam kesumat beliau terhadap Najib Razak dan Anwar Ibrahim tidak pernah berubah.

7. Baling batu dan sembunyikan tangan, ini politik Tun Mahathir sekarang bagi memastikan Najib dan Anwar Ibrahim sekaligus hilang dari Politik Negara tapi malangnya kita bukan berada dalam era 90an lagi untuk percaya lagi kepada segala lakonan Tun. Sekejap sokong, sekejap tidak. Sekejap ingin bersara, sekejap lagi bertekad jadi PM lagi. Rakyat sudah lama muak dengan perangai Tun.

8. Bila masa Tun Mahathir menyerang Anwar Ibrahim secara terbuka ianya bermakna Anwar Ibrahim sudah meraih sokongan dan perubahan bakal berlaku dalam masa terdekat. Ini masanya untuk PH dan yang lain berdiri teguh bersama Anwar Ibrahim.

9. Dua hari lepas Tun Mahathir cuba meraih simpati bahawa ramai kawan-kawan beliau sudah tiada lagi namun beliau lupa bahawa masih ada lagi kawan-kawan tycoon yang boleh anjurkan majlis meraihkan hari jadi beliau.

10. Segala jasa Tun Mahathir tidak dinafikan mahupun dilupakan namun cukup cukuplah Tun. Rakyat sudah lama tolak Tun. Kini masanya untuk Tun bersara dari politik dan meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan tycoon dan konco-konco Tun. Parti pun tiada, mungkin dalam Pejuang tinggal Ayah dan Anak sahaja pada pengakhiran nanti.

Sudahlah Tun, “Enough is Enough, Enough of your damage”

Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1809291289237162&id=1002457159920583&sfnsn=mo

COMMENTS