Pengalaman baik atau buruk diguna oleh PH?

Pengalaman baik atau buruk diguna oleh PH?
KUALA LUMPUR: Pengalaman Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir kerajaan sebelum ini digunakan dalam meneliti Belanjawan 2021, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Menurutnya, rundingan dengan pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN), khususnya Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah dibuat, berbanding menghasilkan dokumen ‘belanjawan bayangan’ seperti yang dilakukan Barisan Nasional sewaktu di blok pembangkang sebelum ini.
“Sebelum ini, sewaktu kami dalam pembangkang, kami tidak mempunyai pengalaman sediakan belanjawan tahunan. Tetapi dalam masa singkat, pada 2018 dan 2019, kami berjaya bentangkan.
“Tetapi kali ini, dalam keadaan COVID-19, kami usahakan perbincangan dan intipatinya adalah enam perkara utama yang kami bawa dalam pertemuan dengan Tengku Zafrul pada 1 November lalu.
“Enam perkara asas itu hampir kesemuanya melibatkan kebajikan rakyat dan masa depan ekonomi serta beberapa perkara penting. “Jadi, sekiranya kita wujudkan satu dokumen, semestinya enam perkara ini akan terkandung sebagai tiang seri kepada dokumen tersebut,” kata Fahmi.
Beliau berkata demikian ketika di temubual dalam perbincangan pasca Belanjawan 2021 menerusi program Agenda AWANI malam tadi.
Malah, ujarnya, pengalaman semasa di blok kerajaan membolehkan ahli parlimen yang memegang portfolio sebagai jemaah menteri sebelum ini membahaskan beberapa aspek yang menjadi kepakaran mereka.
“Walau apa pun, dalam masa kami mentadbir sebagai kerajaan, pengalaman itu telah membantu kami untuk hari ini meneliti Belanjawan 2021 dengan terperinci berbanding tahun-tahun lalu. “Malah ada kalangan Ahli Parlimen yang boleh berbahas dengan pengalaman yang telah ada semasa dalam pentadbiran seperti bekas-bekas menteri dapat menegaskan beberapa aspek yang mereka cukup ketahui sebelum ini,” katanya.
Berita penuh :

COMMENTS