Pemuda AMANAH pelawa Syed Saddiq dan rakan sertai AMANAH

Pemuda AMANAH pelawa Syed Saddiq dan rakan sertai AMANAH

Susulan pemecatan YB Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar daripada BERSATU serta ramai angggota pimpinan ARMADA BERSATU yang mungkin diketepikan, Pemuda AMANAH ingin mengajak seluruhnya untuk bersama-sama berjuang dalam Parti Amanah Negara (AMANAH).

AMANAH bukanlah asing bagi YB Syed Saddiq dan rakan-rakan ARMADA. Sejak menghadapi PRU-14 sehingga ke hari ini AMANAH terus bekerjasama dengan kumpulan BERSATU pro Tun Dr Mahathir termasuklah YB Syed Saddiq.

Pastinya AMANAH sangat terbuka menerima penyertaan tokoh dan para aktivis anak muda ini ke dalam parti untuk bersama-sama memperjuangkan Malaysia yang lebih baik. Pemuda AMANAH optimis bahawa penyertaan ini bakal merancakkan lagi dinamika gerakan anak muda dalam arena politik tanah air.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

8 Julai 2020 / 17 Zulqaedah 1441H

Sumber:

COMMENTS