Pelaburan baharu dari negara Arab ke Malaysia?

Pelaburan baharu dari negara Arab ke Malaysia?

Pelaburan adalah satu daripada bidang yang ditangani Presiden PAS Abdul Hadi Awang selaku duta khas perdana menteri bertaraf menteri.

Selain itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof, Abdul Hadi juga membantu serta menasihati Muhyiddin Yassin dalam bidang Islam, pendidikan dan perdagangan membabitkan rantau Timur Tengah.

Menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) Mohd Redzuan memberitahu sejak dilantik ke jawatan berkenaan Abdul Hadi melakukan gerak kerja meneroka peluang untuk Malaysia memanfaatkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara Timur Tengah.

“Duta Khas mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar dan agensi-agensi berkaitan.

“Selain itu, Duta Khas juga mengadakan perjumpaan dan menerima kunjungan hormat duta-duta negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Yaman, Qatar, Iran, Oman, Afghanistan, Syria dan Bahrain dan mendapat maklum balas langsung dalam usaha mengeratkan hubungan dua hala melibatkan kerjasama agama Islam, politik, ekonomi, pelaburan dan pendidikan,” katanya.

Terdahulu Su meminta perdana menteri menyatakan secara terperinci peranan, tugas dan portfolio Abdul Hadi menjadi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Ahli parlimen Marang itu diberikan jawatan tersebut selepas Muhyiddin membawa Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan disertai sekumpulan ahli parlimen PKR.

Ia membawa kepada kejatuhan kerajaan PH selepas gabungan tersebut mendapat mandat daripada rakyat dalam PRU ke-14.

Selepas meninggalkan PH, Bersatu bekerjasama dengan Umno dan PAS sehingga melahirkan kerajaan Perikatan Nasional.

Muhyiddin mengumumkan pelantikan Abdul Hadi pada 2 April lalu dan berkuat kuasa serta-merta. Di sebalik jawatannya sebagai duta khas ke Timur Tengah Abdul Hadi tetap berpangkalan di Putrajaya.

Mohd Redzuan berkata hasil kerja dan laporan Abdul Hadi itu diberikan terus kepada Muhyiddin.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/551625

COMMENTS