Nombor telefon saya telah disalahguna, dakwa Mokhtar Senik

Nombor telefon saya telah disalahguna, dakwa Mokhtar Senik

Anggota jawatankuasa pusat PAS Mokhtar Senik menasihatkan orang ramai berhati-hati terhadap penyalahgunaan nombor telefon masing-masing oleh pihak lain.

Ulama PAS itu mendedahkan beliau sendiri menjadi mangsa dan mendakwa terdapat pihak menggunakan nombor telefonnya tanpa sedar.

Katanya, perkara itu menyebabkan dia terpaksa menyekat dan menggunakan nombor telefon lain.

“Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Memandangkan nombor lama saya telah diguna oleh pihak lain tanpa sedar, maka saya berpindah ke nombor lain.

“Boleh jadi ada sahabat-sahabat yang call atau mesej atau Whatsapp ke nombor lama, pasti tidak ada yang menjawab. Kerana nombor itu telah saya block sepenuhnya,” katanya.

Menulis di Facebook, beliau berkata akan memaklumkan nombor telefon baru selepas ini.

“Sebelum ini saya banyak guna wifi sahaja untuk Whatsapp. Insya-Allah kita ketemu nanti,” katanya.

Mokhtar juga berkongsi rakaman video bagaimana akaun seseorang itu boleh dipautkan ke profil Facebook orang lain.

“Di bawah saya tunjukkan video mudah untuk kita berhati-hati. Bukan sahaja scammer tapi ramai lagi di luar sana,” katanya.

 

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/531735

COMMENTS