Muafakat Nasional milik rakyat?

Muafakat Nasional milik rakyat?

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Ahmad Dasuki Abdul Rani menyifatkan Muafakat Nasional (MN) sebagai kesepakatan ummah yang sangat luar biasa.

Penceramah yang pernah mengadakan solat tahajjud untuk tiga malam ganjil terakhir bulan Ramadan secara langsung di Facebook (FB) itu berkata, MN telah menghapuskan perselisihan yang lama berlarutan antara Pas dan Umno.

“MN lahir daripada linangan air mata keinsafan bersama. MN adalah milik rakyat, milik semua. Justeru, marilah kita sama-sama mendukung amanah rakyat ini dan meneruskan perjuangannya hingga berjaya,” katanya.

Anak saudara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata demikian sempena ulang tahun setahun penubuhan MN.

“Kesepakatan ummah ini telah membina kekuatan politik yang sangat luar biasa, lantas membenamkan perbalahan bertahun-tahun antara dua gergasi parti wakil umat Melayu Islam ini,” tulisnya di FB.

Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam yang terkenal dengan kuliah berkaitan cerita tentang azab kubur itu juga berharap tiada tertinggal dalam perubahan pemerintahan di negara ini.

“Pas Kawasan Shah Alam (PKSA) melahirkan rasa syukur atas kejayaan ini dan menyeru seluruh rakyat Malaysia terus bersama MN, jangan ada yang tertinggal untuk kita merubah landskap pemerintahan negara ini bagi menjunjung aspirasi agama dan negara.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/ahmad-dusuki-anggap-mn-lahir-dari-linangan-air-mata-keinsafan/

COMMENTS