Mokhtar Senik (Atau Admin dia) sedang pertimbang tutup akaun FB

Mokhtar Senik (Atau Admin dia) sedang pertimbang tutup akaun FB

Posting terkini Ustaz Mokhtar Senik yang di muat naik oleh Adminnya membicarakan mengenai fitnah dan tipu daya didalam dunia media sosial sekarang.

Beliau (atau mungkin admin beliau) menyebut :

Mohon berhati hati. Sampai masanya mungkin kita terpaksa tutup akaun fb masing masing. Duit pun letak bawah bantal balik. Berhubung melalui telefon awam tepi jalan. Tak perlu whatsapp atau email atau apa apa jaringan sosial. Gunakan banyak masa untuk ibadah dan baca quran serta halakat ilmu dimasjid dan surau.

Dunia semakin sarat dengan fitnah. Golongan Ruwaibidhah berkeliaran di alam maya. Berbagai aplikasi maya dicipta sehingga scammer bermaharajalela menipu sesiapa sahaja. Foto boleh disuperinpose, teknologi green screen dibaangunkan menjadi semakin real.
Aplikasi change voice boleh didownload secara mudah diguna untuk kebaikan atau kejahatan. Sehingga ibu menyangka suara anaknya. Sekebal manapun kerahsiaan tetap boleh digodam. Begitulah dunia yang semakin tak selamat. Tipudaya bertaburan diserata penjuru alam. Sudah ramai manusia tertipu dengannya.

Sekadar sebuah renungan. Insyallah sedang cuba study.

Admin
FbUMS

Semoga Ustaz Mokhtar Senik (atau Admin dia) tabah menghadapi fitnah tipu daya di laman sosial.

Sumber :

COMMENTS