Malu apa bossku !! Umno ‘ugut’ kerajaan PN secara terbuka

Malu apa bossku !! Umno ‘ugut’ kerajaan PN secara terbuka

Umno sebagai sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak beberapa bulan lalu menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Bersatu yang dikatakan cuba mengetepikan parti itu.

Beberapa ahli parlimen Umno yang dikhabarkan menyokong pembangkang sehingga mengancam kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat, berulang kali menafikan rancangan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Biro Politik Umno pada 13 Okt yang menyatakan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada kerajaan PN dan mahukan syarat baru ditetapkan menyebabkan situasi menjadi semakin rumit.

Ini merupakan isyarat rasa tidak puas hati para pemimpin Umno dan beberapa pimpinannya kini secara terbuka mengkritik kepimpinan Muhyiddin.

Kenyataan Biro Politik berkenaan masih belum dipersetujui majlis tertinggi parti setakat ini, menunjukkan bahawa tidak semua pemimpin Umno mahukan pertembungan dengan Muhyiddin.

Bagi penyokong kerajaan PN, mereka kini sedang berusaha untuk menyelamatkannya.

Antara penyokongnya ialah Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, yang pada bulan Mac lalu digantikan sebagai setiausaha agung Umno.

Ahmad Maslan, yang menggantikan tempat Annuar bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan biro politik tersebut sebelum dibawa ke Majlis Tertingi Umno.

Annuar semalam dilihat berada di kediaman Muhyiddin di Kuala Lumpur, namun mengatakan ia hanya lawatan biasa.

Sementara perbincangan hangat berlaku di sebalik tabir, beberapa pemimpin Umno kini tampil menyuarakan rungutan mereka terhadap PN.

Ini termasuk kritikan dari Anggota Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Berita Penuh:
https://www.malaysiakini.com/news/546769

COMMENTS