Pahang antara negeri tertinggi penagih dadah

Pahang antara negeri tertinggi penagih dadah

SEREMBAN: Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk. Statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan negeri itu mencatat nisbah 916 penagih dadah bagi setiap 100,000 penduduk.

Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Kebangsaan, Zainudin Abdullah, berkata nisbah kedua tertinggi dicatat di Kelantan, diikuti Pahang dan Perlis. “Di Negeri Sembilan, masalah penyalahgunaan atau penagihan dadah tidak begitu serius, iaitu 702 orang daripada 100,000 penduduk,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kit Pintar 2.0 bagi meningkatkan kesedaran bahaya dadah dalam kalangan murid sekolah rendah. Turut hadir Pengarah AADK negeri, Dr Sallina Mansor dan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin.

Zainudin berkata, kit itu disediakan oleh AADK Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan kumpulan sasaran kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun. “Kit ini mengandungi permainan interaktif Antidrug Generations (A-GEN), video mesej pencegahan dadah dalam bentuk lakonan dan animasi serta flash card untuk menarik minat murid.

“Permainan interaktif ini diyakini dapat memberi impak positif dari segi pembentukan jati diri dan membenci dadah,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/742561/jumlah-penagih-dadah-tertinggi-di-terengganu

COMMENTS