Mahu tuntut wang skandal 1MDB

Mahu tuntut wang skandal 1MDB

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO menuntut RM114 juta yang disita dari Obyu Holdings Sdn. Bhd. yang didakwa dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Husin menetapkan tarikh 25 November depan bagi pendengaran tuntutan tersebut.

Tarikh itu ditetapkan selepas peguam Fazreen Hazrina Rahim yang mewakili Najib dan UMNO selaku pihak ketiga, memohon kes didengar secara berasingan tanpa menunggu proses pemeriksaan barang kemas selesai.

“Pemohonan Najib dan UMNO boleh didengar secara berasingan dengan tiada prejudis pada pemohon (pendakwaan), dan mahkamah hanya akan mengembalikan harta yang disita kepada pihak ketiga jika mahkamah berpuas hati dengan lima perkara seperti yang dinyatakan dalam seksyen Seksyen 61(4),” kata Muhammad Jamil.

Seksyen 61(4) ialah Akta Pencegahan, Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2020/09/14/najib-umno-tuntut-wang-rm114-juta-yang-disita/

COMMENTS