Mael Totey The Movie raih RM 700,000 di hari pertama tayangan

Mael Totey The Movie raih RM 700,000 di hari pertama tayangan

KUALA LUMPUR: Filem Mael Totey The Movie mencatat rekod tersendiri apabila berjaya menerima kutipan hampir RM700,000 walaupun baru sehari ditayangkan di Astro First. Filem yang diarahkan oleh bintang YouTube, Syahmi Sazli itu turut mempertaruhkan dirinya sebagai bintang utama.

Ia mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari bahasa Inggeris demi memenuhi syarat yang diberi gadis idamannya, Yaya. “Jika sebelum ini peminat hanya dapat menyaksikan drama spontan hanya di platform media sosial dengan durasi video kurang 20 minit, tetapi kali ini peminat boleh menonton mereka lebih lama dengan kualiti filem.

“Ini adalah sesuatu yang baharu buat industri perfileman di mana YouTuber beralih ke skrin yang lebih besar seperti filem. Kreativiti Syahmi dalam menyampaikan penceritaan membuatkan penonton sering menanti karya seterusnya daripada beliau,” kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

Turut membintangi filem tersebut ialah Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta turut dibantu pelakon terkenal tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof dan Aznah Hamid. Syahmi aktif di saluran YouTubenya dan kerap menerbitkan pelbagai kandungan menarik sehingga menarik lebih dua juta pengikut. Mael Totey The Movie kini boleh dilanggan dan ditonton di Astro First, saluran 480.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mael-totey-the-movie-kutip-hampir-rm700000-pada-hari-pertama-tayangan-264897

COMMENTS