Loke: MP DAP tak bangun setelah terima arahan

“Saya hanya boleh menjanjikan bahawa semua Ahli Parlimen DAP akan pastikan bahawa mulai Isnin depan…….”The fight will go on”,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Begitu juga dengan subsidi gaji untuk majikan, peruntukan untuk pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain peruntukan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.“Namun, banyak juga peruntukan yang kita tolak seperti peruntukan RM85 juta untuk JASA, pemotongan peruntukan untuk pelbagai jenis aliran sekolah dan isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang,” katanya.Katanya, bantahan serta penolakan terhadap peruntukan yang tidak dipersetujui akan dibuat di peringkat jawatankuasa kementerian masing-masing.
“Contohnya, kita akan minta undi belah bahagi untuk tolak belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana JASA merupakan agensi di bawah kementerian tersebut,” katanya.
Anthony berkata, jika semua Ahli Parlimen pembangkang bangun memohon undi belah bahagi dan menolak pada petang tadi, tentunya serangan daripada pihak Perikatan Nasional akan menyusul.
“Mereka akan tuduh Pakatan Harapan ingkar kepada nasihat Yang di-Pertuan Agong, tidak mahu gaji kakitangan awam dibayar, tidak menyokong bantuan kepada golongan B40, menyekat elaun hidup untuk petani dan nelayan.
“Mereka akan memainkan sentimen rakyat dengan pelbagai tuduhan tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hanya lulus peringkat bacaan kedua atau di peringkat dasar.
Mulai Isnin depan, perbahasan akan masuk peringkat Jawatankuasa di mana perbelanjaan untuk setiap kementerian perlu dibahaskan secara terperinci dan diluluskan.
“Mulai Isnin depan, setiap hari ada peluang untuk undi belah bahagi dipanggil oleh sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen,” katanya.
Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/11/27/anthony-loke-mengaku-arah-mp-dap-tidak-bangun/