Kompaun RM 1,000 jika tidak daftar nama atau imbas QR code

Kompaun RM 1,000 jika tidak daftar nama atau imbas QR code

BUTTERWORTH – Seramai tujuh pelanggan dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak mendaftarkan diri dan menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke dalam sebuah restoran di Pantai Bersih di sini dikenakan kompaun malam tadi. Pemilik restoran berkenaan turut diarahkan menghentikan perniagaan serta merta dan ditutup tujuh hari selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, antara kesalahan yang dikesan seperti gagal memastikan pelanggan melakukan penjarakan fizikal selain pekerjanya didapati tidak memakai pelitup muka.

Pegawai polis memeriksa maklumat pelanggan dan mengesan mereka yang tidak merekodkan maklumat diri.
“Tidak ada alasan yang boleh diterima atas kegagalan pihaknya merekodkan kehadiran pelanggan sebelum masuk ke premis kerana perkara itu mesti dilakukan dan selalu diberi peringatan oleh pihak berkuasa.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/101282/KHAS/Koronavirus/Padah-masuk-restoran-tanpa-rekod-maklumat-diri

COMMENTS