Kes harian Covid-19 dijangka meningkat berdasarkan Kadar Nilai

Kes harian Covid-19 dijangka meningkat berdasarkan Kadar Nilai

Kes harian Covid-19 dijangka meningkat berdasarkan Kadar Nilai Kebolehjangkitan (RO) pada masa ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun Noor Hisham berkata, peningkatan wabak berkenaan dijangka tidak akan berlaku secara mendadak.

Tambah beliau, nilai RO juga telah menurun kepada 1.5 berbanding permulaan gelombang ketiga pada 20 Sept iaitu 2.2.

“Ini bermakna setakat ini usaha yang dijalankan telah dapat mengelakkan daripada peningkatan kes secara mendadak seperti dalam graf unjuran.

“Meskipun begitu, jika dilihat pada carta iaitu jumlah kes positif Covid-19 yang dilaporkan setiap hari, didapati ia masih mengikuti garisan unjuran nilai R = 1.5.

“Oleh itu, boleh dijangkakan kes harian Covid-19 masih akan meningkat tetapi bukanlah secara mendadak,” katanya dalam satu kenyataan.

Nilai RO merujuk kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh kes positif atau hos virus tersebut.

ULASAN | Muda sepatutnya jadi lebih ‘muda’
“Misalnya, jika nilai R adalah 4, ini bermakna setiap seorang kes positif boleh menyebarkan penyakit ini kepada 4 orang yang lain dalam satu tempoh kebolehjangkitan.

“Rantaian penularan ini akan berterusan secara mendadak jika tiada usaha dijalankan untuk menghentikannya,” kata Noor Hisham.

Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, nilai Ro ketika itu adalah 3.5.

Nilai R ini berjaya diturunkan sehingga 0.3, iaitu susulan impak positif tindakan yang diambil kerajaan serta pematuhan rakyat kepada SOP yang diperkenalkan.

Bagaimanapun, Malaysia mulai mencatat semula nilai R yang tinggi pada 7 Sept 2020 iaitu 1.7 susulan situasi peningkatan kes Covid-19 di Kedah dan Sabah.

Berita penuh :

https://m.malaysiakini.com/news/547070

COMMENTS