Kerajaan digesa bantu penjaja teruskan kehidupan berniaga – Akmal Nasir

Kerajaan digesa bantu penjaja teruskan kehidupan berniaga – Akmal Nasir

Apabila ada yang berniaga di tepi jalan, kebiasaannya itulah jalan terakhir untuk mereka meneruskan kehidupan.

Daripada menghukum, kita carikan jalan keluar.

Satu pertemuan bersama sekumpulan penjaja sekitar Taman Suria #JohorBahru telah diadakan semalam.

Rata-ratanya mereka telah beberapa tahun berniaga, cuma selepas PKP kawasan mereka tidak lagi dibenarkan berniaga.

Kita perlu akur dalam soal SOP dan kesihatan, tapi janganlah ketika ekonomi susah penjaja ini dihalang mencari rezeki.

Sebaliknya perlu ada ikhtiar untuk dipermudahkan dan dibantu agar mereka dapat meneruskan perniagaan.

Meraka bukan minta bantuan duit dan mereka sanggup berusaha.

Saya sempat kongsikan kejayaan #parlimenJB dengan kerjasama MBJB ketika kami masih sebahagian daripada kerajaan untuk penempatan penjaja yang lebih teratur di Taman Larkin Idaman.

Insyallah jika ada kesungguhan, perkara sebegini ini dapat diselesaikan cara baik.

Diharap kerajaan dapat memberi pertimbangan untuk mereka dapat meneruskan pencarian rezeki bagi menyara kehidupan.

Sumber:

COMMENTS