Kerajaan bakal bertukar, tapi PM bukan Anwar – Khairuddin

Kerajaan bakal bertukar, tapi PM bukan Anwar – Khairuddin

Tindakan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Anwar Ibrahim menipu kononnya beliau memiliki sokongan majoriti bukan hanya meresahkan rakyat Malaysia, ianya menimbulkan kegusaran di kalangan para pelabur dan menyebabkan paras komposit indeks Bursa Saham jatuh teruk.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang menambah tindak tanduk Anwar merupakan satu bentuk sabotaj terhadap ekonomi negara yang harus disiasat pihak berkuasa.

Khairuddin turut berkata sokongan majoriti kini milik gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama seorang lagi tokoh pemimpin negara, di mana perkara ini akan didedahkan dalam masa terdekat.

“Dalam sedikit masa lagi kami akan buktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai majoriti sokongan ahli-ahli parlimen bersama seorang lagi tokoh pemimpin negara.

“Hanya gandingan dua tokoh pemimpin ini yang boleh selamatkan Malaysia kerana kedua mereka tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan diri.”

Berita Penuh:
https://www.thethirdforce.net/terkini-khairuddin-sahkan-sokongan-majoriti-milik-kem-mahathir-akan-dedah-dalam-masa-terdekat/

COMMENTS