1MDB : Jho Low minta Hazem hapus bukti transaksi

1MDB : Jho Low minta Hazem hapus bukti transaksi

15 Sep 2020 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho mahu CEO 1MDB ketika itu, Mohd Hazem Abd Rahman melupuskan e-mel mengandungi isi perbincangan berkaitan transaksi melibatkan syarikat itu.

Bagaimanapun Hazem yang merupakan saksi pendakwaan ke-10 berkata dia sebaliknya menyimpan e-mel tersebut sebagai bukti.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan DPP Mohamad Mustaffa P Kunyalam ketika pemeriksaan utama hari ini.

Mustaffa bertanya sama ada Jho Low pernah memintanya melupuskan pelbagai e-mel yang mengandungi isi percakapannya dalam pelbagai isu melibatkan 1MDB.

Terdahulu, Hazem dalam keterangannya antara lain berkata, arahan Jho Low menerusi e-mel adalah sama seperti arahan daripada Najib.

Mustaffa: Low ada beritahu apa perlu dilakukan dengan e-mel itu?

Hazem: Low minta saya untuk melupuskannya.

Mustaffa: Anda lakukannya?

Hazem: Tidak.

Mustaffa: Kenapa?

Hazem: Saya ingin merekodnya sebagai bukti.

Ketika perbicaraan hari ini, Hazem membaca hampir separuh daripada pernyataan saksi 110 halamannya. Dia antara lain merujuk sejumlah e-mel berkaitan 1MDB yang dikenal pasti olehnya.
Antaranya adalah e-mel daripada Jho Low kepadanya bertarikh 4 September 2013 bertajuk “Fwd: 1mdb questions” enclosed with an attachment titled “1MDB power plant deal”.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/542618

COMMENTS