I-Sinar: Hal yang gagal difahami oleh Menteri Kewangan, KWSP

I-Sinar: Hal yang gagal difahami oleh Menteri Kewangan, KWSP

Apa yang gagal difahami Tengku Zafrul dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Ada seorang kawan admin, dia bekerja sebagai despatch di satu syarikat. Gaji basic dia RM1500. Elaun perjalanan dia dapat RM500.

Maka, gaji bulanan dia adalah RM2000.

Selepas wabak covid-19 melanda negara, syarikat di tempat beliau bekerja telah memotong elaun perjalanan tersebut.
Jadi gaji dia kini adalah RM1500 sahaja.

Iaitu berkurangan 25%.

Mengikut syarat terbaru I-Sinar, kategori ke dua:

“Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.”

Jadi, kawan admin ini nampaknya dia dikategorikan tidak layak kerana pendapatan keseluruhannya berkurangan 25% dan bukan 30%?

Kau orang ingat kurang RM500 tu sikit ke? Kenapa nak letak pada syarat 30% ( kalau dalam kes ni, kurang rm600) baru boleh layak memohon?

Kenapa 30% potong baru terjejas? 29% tak terjejas? 20 % potong tak terjejas? Malah potong 10% gaji tak terjejas?

Kamu ini bagaimana? Nak bantu rakyat atau nak menyusahkan? Ingat, golongan ini ramai, mereka boleh hukum kerajaan dalam pilihanraya akan datang.

Sumber : TTKM

COMMENTS