Hubungan Bahrain dengan Israel dibangkang

Hubungan Bahrain dengan Israel dibangkang

PETALING JAYA: Pembangkang Bahrain menolak keputusan negara itu menjalin hubungan dengan Israel, menurut laporan Al Jazeera.

Dalam kenyataan diterbitkan parti pembangkang Bahrain yang dibubarkan al-Wefaq, Cendekiawan Syiah terkemuka Bahrain Ayatollah Isa Qassim yang tinggal di Iran berkata, beliau membantah hubungan antara negara Arab dengan Israel.

Katanya, perjanjian antara Israel dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain bercanggah dengan kehendak rakyat.

“Terdapat jurang besar pemikiran antara pemerintah dan rakyat, hala tuju dan kepentingan. Kerajaan mengalami kekalahan psikologi dan mahu meletakkan kepada rakyat, dan mereka mesti melawan,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/14/pembangkang-bahrain-tolak-hubungan-dengan-israel/

COMMENTS