Hadi dakwa ahli DAP majoriti Kristian, tapi rekod menunjukkan sebaliknya

Hadi dakwa ahli DAP majoriti Kristian, tapi rekod menunjukkan sebaliknya

DS Abdul Hadi mendakwa bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) mempunyai keanggotaan majoriti Cina beragama Kristian dan saki baki Parti Komunis yang telah diharamkan.

Dakwaan Hadi tersebut adalah tidak benar. Sebagaimana didedahkan oleh Wan Hamidi Hamid, Editor Roketkini media rasmi DAP, bahawa rekod DAP hanya 10 peratus anggotanya beragama Kristian. Manakala lebih 50 peratus beragama Buddha dan bakinya pelbagai agama termasuk beragama Islam.

Parti DAP adalah parti berbilang kaum dan ada diantara ahli parlimen dan adunnya yang memenangi pilihanraya beragama Islam.

Menuduh DAP adalah saki bagi Parti Komunis adalah satu fitnah. Ini kerana adalah fakta sejarah bahawa DAP adalah lahir dari parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 1965. PAP sejak dulu terkenal sebagai parti yang sangat anti komunis. Parti Komunis Malaya (PKM) sendiri telah di haramkan sejak sekian lama di Malaysia. Jika benar DAP adalah saki baki Komunis, mengapa ia tidak diharamkan seatelah lebih 50 tahun bertapak di Malaysia. Oleh itu tiada sebarang bukti diberikan oleh Abdul Hadi bagi menyokong dakwaan beliau tersebut.arisan Nasional dengan memecahkan undi blok pembangkang (Pakatan Harapan) ketika itu.

BIRO POLITIK
Parti Amanah Negara (AMANAH)

COMMENTS