Goldman Sachs mengaku bersalah dalam kes skandal 1MDB

Goldman Sachs mengaku bersalah dalam kes skandal 1MDB

KUALA LUMPUR: Pengakuan bersalah GoldMman Sachs Malaysia mampu memberi kesan positif terhadap proses mahkamah membabitkan kes skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar, keputusan tersebut boleh memberi ruang kepada pihak pendakwaan untuk mengemukakan tuntutan pampasan yang lebih tinggi. “Maknanya apabila dia sanggup bayar dan mengaku bersalah di bahagian kita (undang-undang Malaysia) boleh mendesak lagi dan minta bayaran pampasan lebih lagi.

“Hal ini kerana pengakuan bersalah tersebut yang boleh membantu pendakwa raya untuk mendesak wang pampasan lebih tinggi,” ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis malam.

Sementara itu, Akhbar menjelaskan bahawa proses perundangan di Amerika Syarikat membolehkan Goldman Sachs mengelak daripada sabitan. Bagaimanapun, beliau percaya undang-undang di Malaysia lebih ketat di mana pelaku kesalahan berkenaan masih boleh disabitkan atas jenayah berkenaan jika didapati bersalah berdasarkan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Foreign Corrupt Practices Act itu adalah undang-undang di AS, tetapi kita di Malaysia ada Seksyen 17(A) dimana tertuduh (pesalah) tidak boleh melarikan diri daripada dikenakan hukuman setimpal. “Saya pasti undang-undang di negara ini lebih ketat dan efektif,” jelasnya.

Terdahulu, Goldman Sachs Malaysia pada Khamis mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk melanggar undang-undang Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (Foreign Corrupt Practices Act) di Amerika Syarikat (AS) dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Reuters melaporkan, wakil Goldman Sachs muncul di Mahkamah Persekutuan pagi Khamis (waktu tempatan).

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengakuan-bersalah-goldman-sachs-buka-ruang-tuntut-pampasan-lebih-tinggi-akhbar-satar-264853

COMMENTS