Gerakan mahu sertai PN?

Gerakan mahu sertai PN?

SEREMBAN, 13 Sept – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini menyatakan hasrat untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN), yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan itu diambil setelah dipersetujui semua ahli jawatankuasa (AJK) pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan, yang berlangsung pada Mei lepas.

“Kita sudah bawa pembentangan itu kepada AJK (Gerakan) pusat dan semua setuju dengan hasrat bersama PN. Memang kita juga sudah tunjukkan hasrat kepada perdana menteri, bahawa Gerakan ingin bersama dengan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan ke-45, serta Persidangan Wanita dan Pemuda Gerakan ke-33 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Lau berkata ketika ini pihaknya sedang menunggu masa yang sesuai, untuk mengadakan perbincangan bersama PN, bagi tujuan tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Gerakan merekodkan keputusan mengecewakan, apabila kalah di kesemua 11 kawasan Parlimen dan 31 kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=1879397

COMMENTS