Data ‘unlimited’ serendah RM35?

Data ‘unlimited’ serendah RM35?

Satu demi satu telco memperkenalkan pelan tanpa had dan yang terbaru adalah daripada penyedia Yoodo. Anda kini boleh melanggan salah satu daripada dua pelan tanpa had yang disediakan pada harga RM35 dan RM43.

Beza antara dua pelan itu adalah pada segi kelajuan maksimum yang boleh dicapai. Untuk pelan yang lebih murah, anda boroleh capaian Internet sepantas 3Mbps manakala pelan lagi satu berikan 6 Mbps.

Seperti kebanyakkan telco yang ada produk tanpa had sebegini, hot spot tidak dibenarkan kecualilah anda ada kuota khas. Yoodo berikan anda 2GB setiap kitaran untuk ber-hotspot ataupun anda boleh beli pada harga RM20 (5GB) dan RM30 (20GB).

Anda juga terima kuota suara sebanyak 50 minit tapi tidak terima sebarang kuota SMS. Kalau nak hantar SMS, kuotanya boleh ditambah pada harga serendah RM3 (50 unit).

Berita penuh : https://bm.soyacincau.com/2020/09/15/yoodo-perkenal-plan-tanpa-had-pada-harga-bermula-rm35/

COMMENTS