Bubar DUN Johor dulu kalau ghairah nak bubar Parlimen, cabar Salahuddin

Bubar DUN Johor dulu kalau ghairah nak bubar Parlimen, cabar Salahuddin

Mutakhir ini, semakin ramai pemimpin Umno yang telah menggesa agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Oleh kerana mereka ini begitu ghairah untuk PRU diadakan, saya ingin mencabar mereka memulakan langkah ini di Johor.

Mereka menyebut tentang ketidakstabilan situasi politik negara sebagai alasan untuk mengadakan PRU, maka langkah ini harus bermula di Johor ekoran kemelut politik di negeri ini.

Umno dan Bersatu tidak perlu berlengah dan boleh memohon agar Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada bila-bila masa sahaja.
 
SALAHUDDIN AYUB

TIMBALAN PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA

AHLI PARLIMEN PULAI

ADUN SIMPANG JERAM

26 JUN 2020

Sumber:

COMMENTS