Buat laporan palsu kerana takut didenda

Buat laporan palsu kerana takut didenda

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan sanggup membuat laporan palsu kononnya diragut kerana tidak mahu didenda kerana kehilangan MyKad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, laporan dibuat lelaki berusia 21 tahun itu pada 12.03 tengah malam semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa dihampiri dua individu tidak dikenali bagi bertanyakan arah jalan sebelum meragut beg silang miliknya,

“Bagaimanapun, soal siasat mendapati keterangan pengadu menimbulkan beberapa keraguan.

“Hasil siasatan lanjut, dia mengaku membuat laporan polis palsu mengenai kejadian itu disebabkan MyKad miliknya hilang ketika membuat penghantaran makanan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata, lelaki itu memerlukan laporan polis untuk diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengelak dikenakan denda.

Berikutan itu, katanya, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2020/09/takut-didenda-lelaki-hilang-mykad-mengaku-disamun/

COMMENTS