Bergaduh dengan senjata, terkejut lihat polis tiba

Bergaduh dengan senjata, terkejut lihat polis tiba

Tujuh lelaki tempatan yang disyaki terlibat pergaduhan melibatkan senjata di Jalan PJS 10/11, Petaling Jaya semalam, ditahan polis.

Kesemua suspek berumur lingkungan antara 36 hingga 46 tahun ditahan pada hari sama, dan cuba melarikan diri sejurus ketibaan pihak berkuasa kira-kira 5.40 petang di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima makluman orang awam berikutan kejadian pergaduhan bersenjatakan kayu.

Setibanya di lokasi beliau berkata, kesemua suspek terkejut dengan kehadiran polis dan cuba melarikan diri, namun tiga daripada mereka ditahan.

“Polis kemudiannya mengadakan satu lagi tangkapan di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Petaling Jaya pada kira-kira 11.30 malam tadi dan empat individu lagi ditahan disyaki terlibat dengan pergaduhan berkenaan.

“Menerusi siasatan awal ke atas suspek, turut membawa kepada penemuan senjata yang digunakan dalam insiden pergaduhan berkenaan. Senjata tersebut didapati telah dibuang di kawasan longgokan sampah di sebuah kuil di Petaling Jaya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Ezanee berkata, polis turut merampas sebatang kayu, kayu golf dan satu botol kaca dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu, serta baju t-shirt dengan kesan tompokan darah.

Beliau berkata, menerusi semakan rekod jenayah turut mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod membabitkan jenayah, serta penyalahgunaan dadah.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/542627

COMMENTS