Bayu dari Sabah menjelang Anwar menghadap YDPA esok

Bayu dari Sabah menjelang Anwar menghadap YDPA esok

PETANDA POSITIF DARI SABAH

Mungkin ramai juga ahli PKR, penyokong DS Anwar yg tidak bersetuju kerana masih marahkan Syafie Apdal isu menolak permintaan PKR memohon 14 kerusi pada PRN lalu. Bagi saya dlm politik… nothing is impossible.

Dulu siapa sangka PAS boleh bekerjasama dgn DAP. PAS boleh bekerjasama dgn UMNO. UMNO boleh bekerjasama dgn PAS. Star boleh bekerjasama dgn Warisan dan kemudian Star boleh bekerjasama dgn PN. Bersatu boleh bekerjasama dgn UMNO dan skg berpecah semula.

Sedangkan Muhyiddin kata Pas parti sesat. Pas kata UMNO parti kafir. Muhyiddin kata takkan sama sekali bekerjasama dgn UMNO. UMNO kata Pas bawa ajaran Parti Ajaran Sesat… Mahathir tuduh Anwar peliwat kemudian Mahathir mohon restu Anwar bersamanya. Tak sampai 22 bulan Mahathir jatuhkan balik Anwar…..

Syafie dikatakan ‘barua’ Tun. Kenapa kita tidak kata Mat Sabu dan LGE perkara yg sama. Dlm politik tak perlu kita persoalkan tentang itu kerana di situlah seni politik yg sukar difahami kpd mereka yg hanya faham politik bahawa 5+5 jawapannya 10.

Dulu pun Mahathir, Pak Lah, Najib dan skg Muhyiddin tak mampu menjadi PM jika berseorangan ( UMNO bersendirian ) tanpa kerjasama parti2 politik yg lain. Sb itulah Anwar beri formula Unity kpd parti2 politik yg ingin menjatuhkan BN.

Bagi saya apa yg ditulis di Warisan Online adalah pendokong parti ini yg mahukan Anwar menjadi PM. Ia adalah petanda baik bagi Anwar. Jika boleh kita mahu Anwar membawa sekurang kurangnya 130 SD MP yg menyokongnya utk lebih menyakinkan YDPA bahawa Muhyiddin telah hilang majoriti besar dlm kerajaannya.

Sumber:

COMMENTS