Baru buka kertas siasatan?

Baru buka kertas siasatan?

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan memanggil 50 pekebun berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri yang dijadikan ladang durian haram di Raub, Pahang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM tidak pernah memanggil mana-mana pekebun untuk siasatan kes berkenaan. “Apa yang saya boleh sahkan setakat ini, SPRM telah membuka kertas berhubung siasatan kes itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Korporat Liabiliti, di sini, hari ini. Azam berkata pihaknya akan melihat kes berkenaan jika ada isu lain berhubung rasuah dan salah guna kuasa penerokaan tanah haram itu.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Azam mengarahkan SPRM Pahang untuk mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Daerah dan Tanah Raub serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang berhubung pencerobohan tanah kerajaan negeri itu.
Pada 1 Ogos, kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di tanah kerajaan negeri.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-nafi-panggil-50-pekebun-siasat-isu-ceroboh-tanah-kerajaan-pahang-259491

COMMENTS