Barang ‘fufu’ lebih RM 1 juta dilupus

Barang ‘fufu’ lebih RM 1 juta dilupus

BUKIT MERTAJAM: Pelbagai barangan rampasan bernilai lebih RM1 juta dilupuskan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang antara tempoh Januari hingga Oktober ini.

Semua barangan berjenama tiruan, cetak rompak dan makanan yang dilupuskan itu adalah hasil rampasan dilakukan sejak 2018 membabitkan 109 kes yang semuanya sudah selesai prosidingnya di mahkamah

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata barang rampasan yang dilupuskan itu terdiri daripada kasut sukan, selipar, seluar sukan, jeans, baju T, beg tangan, jersi dan jam tangan.

“Selain itu, kita turut melupuskan makanan, cakera padat digital (DVD), alat timbang, tangki gentian berkapasiti 1,000 liter serta hos paip penyambung gas.

“Proses pelupusan ini membabitkan kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program pelupusan itu di Kompleks Penyimpanan Stor Eksihibit Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri di Bukit Minyak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Ridzuan, berkata sepanjang tahun ini pihaknya membuat pemeriksaan ke atas 37,094 premis termasuk kompleks beli belah.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 543 kes diambil tindakan dengan rampasan dibuat bernilai RM2,520,000.71 dan kita turut mengeluarkan 441 kompaun bernilai RM161,550,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/10/742584/barang-rampasan-lebih-rm1-juta-dilupus

COMMENTS