Banyak laporan berita mengelirukan disebalik penahanan pembantu Mat Sabu

Banyak laporan berita mengelirukan disebalik penahanan pembantu Mat Sabu

Laporan Berita Yang Mengelirukan Pembaca, Menebalikkan Fakta Dan Berniat Jahat

Fakta kes adalah bahawa seorang Pegawai Tinggi Tentera telah ditahan reman buat kali kedua untuk siasatan kes rasuah membabitkan projek jutaan ringgit.

Penahanan pertama telah dibuat lebih awal, sebelum kemudiannya bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Sdr Mohd Azhar Mat Dali dipanggil hadir kelmarin ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes. Beliau kemudiannya ditahan semalaman, dan disambung reman 6 hari bermula hari ini “bagi membantu siasatan” terhadap suspek iaitu Pegawai Tinggi Tentera.

Ironinya, sepanjang hari ini pelaporan berita sama ada oleh pihak media cetak mahupun media elektronik berlaku secara “menebalikkan fakta”.

Di mana Pegawai Tinggi tersebut kononnya ditahan susulan penahan bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan! Ini laporan yang sangat tidak tepat dan berniat jahat.

Adakah ini dilakukan secara sengaja bagi mengelirukan pembaca dan pendengar berita yang mungkin hanya akan menangkap maklumat ringkas tanpa usaha menyiasat fakta sebenar?

Adakah ini bertujuan untuk mengubah perhatian rakyat dan dunia daripada isu sebenar kekalutan politik Malaysia iaitu percubaan Kerajaan PB menukar Speaker Dewan Rakyat menjelang 13 Julai, suatu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia?

Pegawai tinggi ATM ditahan SPRM
Skuad Khas Harian Metro
[email protected]

SEORANG pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan untuk siasatan berkaitan kes rasuah membabitkan projek tertentu.

Sumber berkata, pegawai berkenaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dikatakan menerima rasuah RM500,000.

Menurutnya, penahanan pegawai itu mempunyai kaitan dengan kes *Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu* berhubung siasatan rasuah membabitkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.

“Reman terhadap pegawai tinggi tentera itu disambung bagi melengkapkan siasatan SPRM,” kata sumber berkenaan tanpa memperincikan perkara itu.

Terdahulu, SPRM menahan setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan untuk membantu siasatan rasuah membabitkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini hingga 13 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sumber berkata, lelaki itu dikatakan melakukan kesalahan di Kementerian Pertahanan ketika bertugas sebagai Setiausaha Politik Menteri.

Sumber :

COMMENTS