Asyraf Wajdi tegur Saifuddin isu tindakan terhadap hos BernamaTV

Asyraf Wajdi tegur Saifuddin isu tindakan terhadap hos BernamaTV

Ketua Pemuda Umno dalam postingnya di laman sosial mengkritik tindakan Menteri Komunikasi, Saifuddin Abdullah kerana mengambil tindakan terhadap hos BernamaTV.

Menurut beliau, sepatutnya Hos BernamaTV tersebut layak dinobatkan sebagai wirawati kerana mempertahankan negara dari serangan propaganda salah Al Jazeera.

Berikut tulisan Asyraf Wajdi :

“Saya tidak faham kenapa Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah bersungguh-sungguh mahu mengambil tindakan terhadap pengacara Bernama TV Herleena Pahlavy hanya kerana sekadar menggelarkan agensi berita antarabangsa Al Jazeera sebagai ‘Al Jahiliyyah’, atas dokumentari palsu dan memburukkan imej Negara dalam
isu menangani wabak pandemik Covid-19 dikalangan pendatang tanpa izin.

Sepatutnya Harleena dinobatkan sebagai wirawati negara yang patriotik kerana berani mempertahankan maruah negara tatkala dihina dan diperkotak-katikkan oleh stesen TV Antarabangsa AlJazeera tersebut.

Saifuddin tidak seharusnya terbawa-bawa dengan sikap beliau ketika menjadi Menteri Luar zaman Pakatan Harapan dahulu yang menjadi antara pihak yang bersungguh-sungguh mahu mengusahakan ratifikasi ICERD dan STATUT ROM sehingga membelakangi Raja-Raja Melayu dan kedaulatan negara.”

Sumber :

COMMENTS