Arak bakal seperti rokok seludup demi Pas?

Ketika kerajaan Kelantan masih kekal dengan dasar penjualan araknya untuk orang bukan Islam, tindakan Kementerian Wilayah Persekutuan menyekat penjualan arak di kedai-kedai runcit dan serbanika Kuala Lumpur adalah untuk membeli jiwa Pas.

Inilah pandangan pembaca Malaysiakini dalam pandangan yang diberikan mereka menerusi Yoursay portal berita itu.

Pihak yang paling ketara gembira dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa ini adalah Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik.

“Agak2 kalau zaman PH, berani ke Khalid buat penegasan begini? habis tu nak cakap lagi zaman PH lebih baik dari zaman PN. Buta kayu ke apa?…”tulis Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu menerusi facebook beliau.

Ia dibuat bagi mengulas keputusan keputusan Annuar Musa menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berkata keputusan melarang kedai runcit menjual arak adalah muktamad.

Namun begitu, tindakan Annuar Musa dikatakan bukan lagi mendapat restu dari Umno.

Orang kanan Datuk Seri Najib berkata, Umno sudah tidak membawa Annuar berbincang dalam banyak perkara termasuk dalam isu pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum nanti.

Datuk Lokman Noor Adam berkata, Annuar tidak dibenarkan masuk dalam mesyuarat antara pimpinan tertinggi Umno dengan ketua-ketua bahagian Umno seluruh negara dalam isu pembahagian kerusi baru-baru ini.

“Jadi dia berlegar-legarlah sekitar bangunan PWTC. Dia dah terpinggir kerana dia dah jadi jurucakap PN bukan Umno,” kata Lokman dalam siri bicara di facebook beliau.

Malaysiakini hari ini menyiarkan laporan utama bertajuk “New FT liquar rule is to make Pas happy (Arahan baru Wilayah Persekutuan tentang arak untuk mengembirakan Pas).

Ia berdasarkan pandangan pembaca laman itu tentang peraturan baru yang dibuat oleh DBKL itu.

Ketika pembaca bukan Islam sangat marah dengan peraturan itu, ada sesetengah mereka berkata, ia bertujuan untuk mengembirakan Pas.

Ini kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat memerlukan sokongan padu Pas ketika hati dan jiwa Pas bercelaru antara menyokong Umno yang sedang memberontak atau kekal bersama kerajaan PN Muhyiddin.

DOC berkata, “Mari kita hadapinya; isu sekatan penjualan minuman keras KL ini hanya mempunyai satu tujuan khusus. Untuk mengembirakan kepimpinan Pas dan memuaskan akar umbi parti mereka.

Langkah ini akan menunjukkan bahawa Pas telah berperanan menjayakan usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memperkukuhkan ummah.

Bagaimanapun, katanya, Pas sememangnya telah menghebahkan kepada dunia bahawa arak (dan DAP) adalah ibu kepada semua kejahatan dan penyebab kejatuhan masyarakat Melayu.

Seorang lagi pembaca dengan nama Cogito Ergo Sum juga menegaskan, sekatan baru penjualan arak ini adalah untuk memujuk Pas.

“Ini adalah permulaan kepada perkara yang akan berlaku apabila parti itu menjadi sebahagian dari kerajaan selepas PRU 15 nanti,” katanya.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/larangan-kedai-runcit-jual-arak-usaha-membeli-jiwa-pas-lapor-portal-berita/

COMMENTS