Anwar Ibrahim elak temui media ketika di Bukit Aman?

Anwar Ibrahim elak temui media ketika di Bukit Aman?

KUALA LUMPUR: Puluhan pengamal media menunggu di Bukit Aman, petang ini, gagal mengesan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difahamkan memasuki bangunan itu menerusi Pintu B yang juga pintu masuk di laluan belakang Menara 2.

Timbalan Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, bagaimanapun mengesahkan Anwar tiba di Bukit Aman pada jam 3 petang tadi.

“Kehadiran beliau adalah bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya memiliki sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Dianggarkan lebih 80 wartawan dan jurugambar daripada media cetak dan elektronik serta portal berkumpul di kawasan pintu masuk Bukit Aman sejak jam 2 petang tadi.

Ia berikutan Bukit Aman semalam memaklumkan bahawa Anwar diminta untuk tampil pada jam 3 petang ini.

Dalam pada itu, kawasan di sekitar pintu masuk Bukit Aman turut dikawal sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Unit Kereta Peronda (MPV).

Berita Penuh:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/742609/kehadiran-anwar-di-bukit-aman-gagal-dikesan-media

COMMENTS