Anggota RELA laung “Hidup BN’ dalam majlis bersama Menteri KDN

Anggota RELA laung “Hidup BN’ dalam majlis bersama Menteri KDN

Menurut page kempen BN sempena PRK DUN Chini, Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainuddin hadir ke majlis himpunan anggota RELA di Felda Chini Timur 3 petang semalam bersama calon Barisan Nasional Mohd Sharim Bin Md Zain.

Majlis yang berlangsung pada 27 Jun di Dun Chini itu dalam suasana pilihanraya kecil Dun Chini yang diadakan kerana kematian penyandangnya sebelum ini.

Page BN 4 Chini membuat catatan :

Kehadiran ramai anggota RELA pada Perhimpunan RELA DN Chini di Felda Chini Timur 3 petang tadi membuktikan mereka terus setia bersama Barisan Nasional (BN).

Ini jelas terbukti apabila diakhir majlis yang dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin itu, mereka melaungkan ‘Hidup BN’ sebanyak 3 kali dengan penuh semangat hingga bergema Dewan Semai Bakti disitu.

Hadir sama, Calon BN PRK N23 Chini, Mohd Sharim Bin Md Zain.

Sumber :

COMMENTS