Ada yang cadangkan kepada saya untuk bertanding di Pagoh – Lokman

Ada yang cadangkan kepada saya untuk bertanding di Pagoh – Lokman

Muhyiddin mungkin bukan sahaja tidak wajar dijadikan calon PM selepas PRU 15, malah tidak wajar bertanding pun kerana didakwa hanya mampu bekerja 4 jam sahaja dalam sehari.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam semalam mendakwa Muhyiddin Yassin hanya mampu bekerja empat jam sehari sahaja.

Lokman yang pernah dihentam selepas mengkritik Presiden partinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mendedahkan rahsia Mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno memberitahu mahu menempah “baju kerja”.

“Sejak BN tumbang 2018, saya tak pernah tempah baju kerja, ini baru nak tempah balik. Rasa macam nak kena pakai tiap hari masuk Parlimen,” ujarnya dipetik dari Facebook miliknya.

Walau bagaimanapun, Lokman berkata, tidak pasti sama ada bertanding di Parlimen Bagan Datuk atau Pagoh.

“Ada yang suruh tanding di Bagan Datuk, ada pula yang kata kalau nak selamatkan Umno, tanding di Pagoh saja.

“Lagipun calon sedia ada boleh kerja sehari 4 jam saja. Ada pula suruh lawan Penasihat Syed Mokhtar di Titiwangsa. Hmmm. Banyak sangat pilihan,” kata Lokman lagi.

Sumber:

http://suarapakatandaily.com/archives/28610

 

COMMENTS